Setinggi-tinggi kesyukuran juga saya tujukan ke hadrat Ilahi serta Nabi Muhammad (S.A.W) kerana dengan izin dan rahmatNya, kerja kursus ini telah berjaya diusahakan dengan sedaya upaya kami. Dalam mempelajari ilmu sejarah dalam subjek Pengajian Malaysia ini, kami juga telah mempelajari cara untuk membuat blog. Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini, cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata teknologi yang ada sekarang boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kerjasama serta berkongsi ilmu untuk mewujudkan blog ini. Ini kerana sifat prihatin yang dimiliki kalian membantu kami sebagai sahabat walau berlainan kumpulan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia kami iaitu Puan Zuharyati Binti Yusof yang juga merupakan pensyarah pengajian Malaysia kami, kerana memberi bimbingan serta tunjuk ajar dalam proses menyiapkan (e-folio) kami, kami telah memilih untuk membuat entri di blog mengenai proses kemerdekaan negara . Semoga dengan wujudnya blog ini dapat mengajar kita untuk lebih menghargai pejuang kemerdekaan dahulu dan mempunyai lebih semangat patriotisme dalam diri setiap pembaca khususnya pelajar sendiri .
Jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keran telah menyumbangkan sedikit modal dan telah menghantar kami ke Politeknik Muadzam Shah ini untuk menuntut ilmu. Selain itu, mendorong kami untuk terus berusaha belajar sehingga ke peringkat ini.
Terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam proses meyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan anda ianya mustahil bagi kami untuk menyipkan tugasan ini.
Sekian, Terima Kasih...
Blog ini bantu sy utk buat kerja kursus sy
BalasPadamHari kemerdekaan
BalasPadam