ARTIKEL


Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik pada 31 Oktober 2003 berkata, "Saya tidak tuan-tuan bekerja untuk sayatapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-saman saya kerana bangsa dan negara". Harapan beliau membayangkan bahawa penyertaan rakyat amat ditikberatkan untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang "cemerlang, gemilang, terbilang". Memulakan langkahnya, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menggariskan hala tuju pentadbiran negara. Hasrat tersebut diterjemahkan dalam beberapa dasar, tindakan dan keputusan penting kerajaan berkaitan kedua-dua sektor awam dan swasta dalam negara iaitu sektoe swasta bertindak menjana ekonomi negara dalam mencipta peluang-peluang baru manakala sektor awam pula memperbaiki sistem penyampaian awam ayng cekap dan bersih serta bebas rasuah.

Pelancaran Pelan Integriti Nasional, konsep nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah usaha kerajaan bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam sistem pentadbiran dan kepimpinan negara. Warga Malaysia diingatkan agar menggunakan peluang-peluang yang ada dalam menjadikan Malaysia tempat untuk menarik palaburan asing serta meningkatkan perdagangan antarabangsa. Beliau juga memperkenalkan konsep Islam Hadhari dalam sistem pentadbiran negara yang membawa satu pendekatan iaitu menerapkan prinsip-prinsip asas islam ke arah kebaikan, kemajuan dan pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan