Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.
Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan pejuang-pejuang Negara terdahulu. Berapa ramai di antara kita yang sanggup berkorban seperti mereka? Berapa ramai di antara kita yang sayangkan Negara? Berapa ramai di antara kita yang ingin menyumbang dan berbakti kepada Negara? Marilah kita menjadi salah seorang daripada golongan itu. Tidak perlu menjadi ahli politik ataupun menteri untuk menyumbang jasa kepada Negara, banyak lagi alternatif yang boleh dipilih oleh kita.
Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan laman blog ini. Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’
Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan Negara dalam diri kita untuk kesejahteraan bersama.
Siap pun kerja buku folio sejarah saya. Memang baguslah untuk kerja sekolah dan lain-lain
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih kerana memudahkan urusan kami
BalasPadamterima kasih
BalasPadamterima kasih
BalasPadamSama sama
Padam